Followers

Wednesday, May 9, 2012

exam2..

assalamualaikumm :):)


next week,, emm.. ad ap ye?? oh!! lupe plak or sjew2 buad lupe.. entah!! saya mnghadapi peperiksaan pertengahan tahun.. oh no!! da sampai pertengahn tahun 2012.. sekejap je ork?? semalam. saya menghadapi peperiksaan  syafawi tajwid. soalannya mudah, tapi agak menyukarkan saya untuk menjawab apabila perasaan berdebar itu muncul kan?? ape2pown tahniah buat diri sendiri kerana dapat jawab kesemua solan.. pasal periksa.. persediaan?? adlh study sket2 kowt... hari rabu epas, ade kawan saya menanyakan surat hafazan dah sampai ke belum?? hah? saya yang tak tau ape2 ternganga seketika.. ermm?? yang koe dah sampai kep?? da sampai weh.. so?? back to home, saya p0wn tanye umi.. umi da sampai kep surat hafazan?? umi sekadar menjawab dengan ketawa.. saya masih belum dapat menangkap jawapan umi itu..lalu, menayakan soalan yang sama kepada abi, abi hanya tersenyum.. ape maksudnya??? ape2 pown, suasana exam harus sye laluiii :)

Friday, April 27, 2012

pertukaran kelas..

salam semua.. chat??

semalam, 26.4.2012, beberapa kelas tingkatan 2 telah ditukar dengan kelas tingkatan.kelas yang ditukar ialah 2 ibnu kathir, 2 imam asim, 2 imam hamzah, 4 imam nafi' 4 ibnu kathir dan 4 asim.. jadi,, sekarang jiran kelas saya yang baru ialah tingkatan 4.. ini bermakne kelas saya sahaje yg msih kcil..oh,, slap.. bkn kcil, juz mngah bwh..bermakne, semua pelajar dl kls saya akn cbe untuk mnjadi pljr yg besar..  mungkin lepas ini tkader lg melompat keriangan, berlari keriangan, bermain keriangan, dan pling pnting 2 nafi' tidak mnjadi kecih lgi..pasti semuanye berfkr positif.. :)

Thursday, April 12, 2012

Ke Rantau Panjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. :):):)

Pada 30/3/2012, kami 1 keluarga telah ke Rantau Panjang. Rombongan dari pejabat abi. Abi mengajak 1 keluarga pergi ke sana. Pada awal pagi lagi, kami semua bersiap. Abi, umi, angah, kakcik, ateh, abang de, dan amir yang mengikuti romongan tersebut. Alang? ada kursusu P.UM. Along? masih di KMPP.. selepas sarapan, kami pun berjln kali ke bus tend yang berdekatan. kami tunggu di sana mybe dlm 1/2 jam kowt.. barulah bas datang.. Saya dan adik saya memilih tpt kedua dari blkng.. ketika naek bas itu, dangan perasaan yang bosan, bas otu bergoyang-goyang.. lame-lame kepale pun jadi pening dan loya. huh!! emang bez lah rasenye, nk muntah atas owang laen.

hentian pertama di besut, berenti makan. lepas naek 2 tak lop trase nk mnth..
sepnjng perjalan, saya memecahkn rekod spye tak tdow di dalam bas. hentian seterusye. di kelantan. masjid beijing. kami berhenti solat dan makan sebentar di sana. selepas itu, sampailah di Rantan Panjang. kami diberikan masa 2 jam untuk berjalan-jalan di sana. semua bawa blek adioh or barang kenagan.. dan kami pun blek.. sampai lah dekat rumah dalm pukul 10. mse dlm perjalanan blek, kami singgah di kedai sate untuk mkn sate


Thursday, March 15, 2012

gambar and sedikit cerita





Selepas solat subuh pagi tadi, saya berkata pada umi. Erm.. Hari ni dah hari Rabu.. kejap je cuti.. Umi pun berkata.. heh!! harinie dah hari Khamis lah. saya pun berkata.. meaning.. still 2 hari cuti sekolah.. ilang lah rasa bosan tu..

Thursday, March 8, 2012

acara sukmat dan cuti sekolah

Sukmat berjalan dengan lancar, best lah!! pagi rabu, dengan perasaan yang kurang betul, tibe-tibe bola jaring rumah kuning vs rumah merah dulu.. saya bermain sebagai WA. Time main tu, memang serius ahh!! last-last... :).. Lepas itu, main olahraga lop.. ( lontar peluru) dengan semangat wajar.. Saya terus buat! huh!! Alhamdulillah!! :) Rehat kejap dan solat.. Main-main pun, ingatlah Allah!! Lepas itu, main bola tampar dan ping pong.. Saya hanya bermain bola tampar, saya tak pandai bermain, sekadar cuba.. hari ini, berarak mengikut pasukan masing-masing.. Saya dikerah memegang bunga mangga di hadapan sekali..


Walaupun rumah kuning last.. Saya tidak mengharapkan kemenangan, cuma mahu pengalaman bermain. Tahun lepas, saya langsung tidak melibatkan diri dalam semua permainanan. tahu ini, saya mahu serta-merta melibatkan diri.. Esok start cuti sekolah!! semoga cuti sekolah ini, dapat saya manfaatkannye..nak tau tak? semua kerja sekolah yang cikgu suruh, saya dah siapkannye.. Malas nak tangguh kerja sekolah..

Thursday, March 1, 2012

SUKMAT...

Tahun nie, MTT buat sukan tahunan, hari ni, cuma start bermain explores dan merentas desa. Permainan yang lain akan disambung Rabu dan Khamis minggu hadapan. Sukan ini sudah dibuat 10 kali. Tahun ini, tahun yang berbeza. Cikgu-cikgu mahu 1 perubahan. Pada tahun lepas, kami menyambut sukan tahunan dengan memakai baju dan tudung ikut suka hati, tetapi haruslah sama warna denagn rumah sukan. Tahun lepas, saya memasuki rumah merah dan memakai baju kurung serta tudung bewarna merah. Tahun ini saya dimasukkan ke dalam rumah kuning. Cikgu-cikgu membeli tudung warna kuning yang selaras. Bagi budak lelaki, mereka diberi jersi mengikut rumah masing-masing.


Pagi tadi, saya masuk explores. kumpulan saya haruslah menyelesaikan masalah kedua, iaitu membuat layang-layang. HAHAHAHHAA. Semua ahli saya tak pernah membuat layang-layang. So? jadilah layang-layang yang palling udoh. Explores ini dipecahkan kepada 4 slot. Slot pertama: basuk kereta cikgu- cikgu. Slot kedua: membuat layang-layang. Slot 3: membuat gubahan bunga. Slot ke4: membuat papan tanda.

bagi merentas desa pula, budak lelaki berlari sejauh 6.5 kilometre. Tak lah jauh mane kan? HAHAHAHAHA. bila saya dengar kawasan atau trek yang budak laki harus berlari. huh! saya fikir, saya boleh ke berlari sejauh tu? kekgi gerenti stop bile dipertengahan trek.
Anywhere, markah rumah sukan buat sementara ini. Rumah kuning: last!( rumah sukan piye ni)
Rumah merah: ke-3. Rumah biru: ke-2. Rumah Hijau:pertama. so? tahniah lah ye!! Rabu n Khamis nie, saya akan cuba bersemangat lagi. keadaan sya sekarang, sudah kurang ada suara kerana memberi 'slogan khas' dari rumah kuning.

Monday, February 6, 2012

MAULIDUL RASUL 1433 HIJRAH.... & BERCUTI

Selamat menyambut maulidul Rasul 1433 hijrah.. Saya agak lambat mengucapkan kerana sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk. Jadual saya siang dan malam dipenuhi dengan pelbagai aktivit.

Hujung minggu lepas, saya dan keluarga telah ke Perak oleh kerana kakak sepupu saya berkahwin. Dengan mood saya kurang betul pada hari khamis itu, balik dari sekolah ayah saya mengatakan bahawa saya akan ke Perak pada petang itu juga. Saya terus berkemas dan bersiap. pada jam 6 barulah saya bertolak... Pada jam 7:30, saya sudah sampai di Kelantan. Dan kami berhenti sembahyang dan makan. Kami meneruskan perjalanan... Jam menunjukkan pukul 12:30 kami berhenti berehat di Cameron Highland kerana pada malam itu kabus terlalu tebal. Kami meronda- ronda di Cameron Highland, sebelum ini kami belum pernah ke sana, kami melihat pelbagai jenis sayuran di tanam di sana. Saya sungguh kagum. Kami berhenti di suatu tempat dan berehat di sana. Pada pagi itu, selepas subuh, kami terus bergerak ke kedai makan untuk memanaskan badan. Cuaca di sana sungguh sejuk.

Selesai makan, kami berjalan kaki sambil menghirup udara segar di sana. Kami singah ke pasar untuk membeli- belah. Setelah itu, kami pergi melawat tempat menanam strawberi. Setelah itu, kami melawat ladang teh. di sana, kami adik-beradik mendaki bukit-bukau yang ada di sana. Sungguh mengembirakan. Dan kami terus bertolah ke Perak. Dalam masa 1 jam, kami sudah sampai di Ipoh. Kami berhenti di JUSCO untuk makan tengahhari dan membeli hadiah buat pengantin baru itu. Setelah selesai, kami ke masjid untuk sembahyang jumaat (bagi lelaki).
Dan saya juga sembahyang zohor selepas selesai para jemaah sembahyang jumaat itu keluar.

Kami ambil keputusan untuk ke rumah pak ngah saya itu, kami berjumpa dan saya bersalam- salaman dengan mereka. Kami bergerak ke masjid untuk menghantar pengantin perempuan akat nikah. setelah selesai, ada majlis minum petang, kami bergerak ke homestay pada pukul 7 malam, kami sembahyang dan berehat. Bagi yang lelaki, ke rumah pak ngah untuk bertahlil, saya dan emak saya berehat di rumah.. huhuhuhu.. Pada pagi itu, kami sekeluarga bersama keluarga mak tam, keluarga pak lang bersuka ria di ruang tamu.. Pada jam 11, kami bertolak ke rumah pak ngah bagi menceriakan majlis pada hari itu.Jam 3 petang kami pun bertolak pulang ke Terengganu.. Sampailah malam pukul 10.. Semalam, saya ke sekolah bagi sambutan Maulidul Rasul.. Selesai majlis itu pukul 1 petang... Saya pun pulang ke rumah dengan perasaan yang penat.. huh!!! segalenye berjalan dengan lancar..ALHAMDULLILAH!!! ^_^