Followers

Monday, February 6, 2012

MAULIDUL RASUL 1433 HIJRAH.... & BERCUTI

Selamat menyambut maulidul Rasul 1433 hijrah.. Saya agak lambat mengucapkan kerana sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk. Jadual saya siang dan malam dipenuhi dengan pelbagai aktivit.

Hujung minggu lepas, saya dan keluarga telah ke Perak oleh kerana kakak sepupu saya berkahwin. Dengan mood saya kurang betul pada hari khamis itu, balik dari sekolah ayah saya mengatakan bahawa saya akan ke Perak pada petang itu juga. Saya terus berkemas dan bersiap. pada jam 6 barulah saya bertolak... Pada jam 7:30, saya sudah sampai di Kelantan. Dan kami berhenti sembahyang dan makan. Kami meneruskan perjalanan... Jam menunjukkan pukul 12:30 kami berhenti berehat di Cameron Highland kerana pada malam itu kabus terlalu tebal. Kami meronda- ronda di Cameron Highland, sebelum ini kami belum pernah ke sana, kami melihat pelbagai jenis sayuran di tanam di sana. Saya sungguh kagum. Kami berhenti di suatu tempat dan berehat di sana. Pada pagi itu, selepas subuh, kami terus bergerak ke kedai makan untuk memanaskan badan. Cuaca di sana sungguh sejuk.

Selesai makan, kami berjalan kaki sambil menghirup udara segar di sana. Kami singah ke pasar untuk membeli- belah. Setelah itu, kami pergi melawat tempat menanam strawberi. Setelah itu, kami melawat ladang teh. di sana, kami adik-beradik mendaki bukit-bukau yang ada di sana. Sungguh mengembirakan. Dan kami terus bertolah ke Perak. Dalam masa 1 jam, kami sudah sampai di Ipoh. Kami berhenti di JUSCO untuk makan tengahhari dan membeli hadiah buat pengantin baru itu. Setelah selesai, kami ke masjid untuk sembahyang jumaat (bagi lelaki).
Dan saya juga sembahyang zohor selepas selesai para jemaah sembahyang jumaat itu keluar.

Kami ambil keputusan untuk ke rumah pak ngah saya itu, kami berjumpa dan saya bersalam- salaman dengan mereka. Kami bergerak ke masjid untuk menghantar pengantin perempuan akat nikah. setelah selesai, ada majlis minum petang, kami bergerak ke homestay pada pukul 7 malam, kami sembahyang dan berehat. Bagi yang lelaki, ke rumah pak ngah untuk bertahlil, saya dan emak saya berehat di rumah.. huhuhuhu.. Pada pagi itu, kami sekeluarga bersama keluarga mak tam, keluarga pak lang bersuka ria di ruang tamu.. Pada jam 11, kami bertolak ke rumah pak ngah bagi menceriakan majlis pada hari itu.Jam 3 petang kami pun bertolak pulang ke Terengganu.. Sampailah malam pukul 10.. Semalam, saya ke sekolah bagi sambutan Maulidul Rasul.. Selesai majlis itu pukul 1 petang... Saya pun pulang ke rumah dengan perasaan yang penat.. huh!!! segalenye berjalan dengan lancar..ALHAMDULLILAH!!! ^_^

0 comments:

Post a Comment